Clipart

blurrrr!

someone.somewhere.somewhat.something.

Wednesday, November 3, 2010

Basuhlah dan bersihkan hati..




Hum..nak guna ape bersihkan? Hee.. bukan bersihkan camtu..hati kita ni selalu sangat dikotori dengan benda-benda yang kotor setiap hari. Tak kira masa waktu tempat..dengan,hasad dengkinya, iri hati,kutuk dalam hati, maki dalam hati, benci orang sana,benci orang sini,tak nak maafkan orang,tak puas hati dengan orang atau benda/ binatang, semua ada dalam hati kita. Semua rasa perit bukan untuk di simpan? Benda yang x elok selalu begitu lah.

Cuba kalau kita sentiasa berhati bersih, mesti dada terasa lapang dan luas apatah lagi akan terbawa-bawa dengan mudahnya mempamerkan senyuman. Buat apa bermasam muka dengan perkara yang belum pasti ada manfaatnya. Bukan apa, ramai orang boleh tersenyum,namun namanya lumrah manusia, di hati siapa yang tahu…entahkan ikhlas senyumnya itu entahkan tidak. Jadi lebih baik kita pilih untuk mengikhlaskan senyuman. Senyuman itu senaman. Senyuman itu sedekah. Saya bukan nak cerita pasal senyuman sebenarnya,tapi senyuman ni banyak kaitannya dengan hati..

Pernah kadang-kadang saya terpikir macam mana nak buangkan perasaan yang sakit untuk disimpan..tapi pikir pun x cukup jugak at last saya baca satu artikel berkenaan hati ni. Saya simpulkan aje la ye,, senang sikit.. hati ni satu organ yang hidup,didalamnya mampu menyimpan banyak memori dan perasaan yang berlainan dalam suatu masa. Hati mampu mencorak kehidupan seseorang, bersih hatinya maka kehidupannya juga akan bahagia. Setakat ni saya mengakui apa yang diperkatakan, sememangnya hati mampu membimbing manusia disamping akal yang waras. Hati yang dipupuk betul mampu membuat kita berusaha dan berjaya.

Janganlah kita selalu mengotori hati kita, walaupun dengan setitik kotoran. Cuba dan cuba walaupun payah. Buat apa merasa puas pada perbuatan tetapi sakit di hati? Buka hati untuk menerima kebaikan. Mengapa perlu dendam dan iri hati sedangkan ia hanya membawa padah yang akhirnya kita sendiri tidak mampu menanggungnya. Latih hati untuk merasa kebaikan. Hati anda inginkannya,namun tidak pernah diberi peluang.

Sekian. Hati-hati bila berhati mati. Biar mati tapi suci. ^.^

P/s: sowry sowry a lot dah lame tak update. Ngehehe..my final xms is coming. Tata=)