Clipart

blurrrr!

someone.somewhere.somewhat.something.

Thursday, January 13, 2011

Seorang Pemaaf


Seorang Pemaaf

*adegan ini disaksikan sendiri oleh penulis pada suatu tarikh*

Seorang pejalan kaki yang membawa minuman dalam polisterin cup menghampiri bustop berdekatan si A. Entah macamana, dia terseliuh lalu air yang dipegangnya tadi tercurah keatas A. (bukan banyak pun,sikit je).berikut merupakan perbualan mereka.

A : Eh…eh..eh..abis baju aku! (suaranya memang kuat didengar di khalayak)

Pejalan kaki : err..kak sorry kak…memang x sengaje tadi..x perasan lubang kat tepi tadi tu..ya Allah mintak maaf ye kak..

A : ko ni lain kali jalan tengok la bawah jugak! Kan dah nyusahkan orang..aku nak pegi keje dah lambat ni!..bas dah la x de..huhh (dengan muka sombong dan geram)

Pejalan kaki : ermm, maaf kak..x pela akak x payah la tunggu bas,saya bayar untuk teksi akak..(mukanya kelihatan sangat sedih)

A : yelah, jimat sikit duit aku! (sedikit senyum puas)

*tamat*


Adanya wacana ini timbul atas kesedaran diri sendiri dan juga untuk perhatian kawan2 sekalian. Ok.cerita diatas bukan menunjukkan akak A itu seorang pemaaf,tapi saya nak sampaikan disini bahawa susahkah kita untuk menjadi seorang pemaaf atas kesilapan orang lain?

Tidakkah kita sedar bahawa kesilapan yang tidak disengajakan merupakan suatu takdir? Dan dengan takdir yang telah ditentukan oleh tuhan ini sudah termaktub akan kejadiannya. Mengapa kita sering menyalahkan orang lain dengan begitu angkuh dan sombong, ia seakan-akan kita menyalahkan tuhan dengan memarahi individu yang menjadi ‘perantaraan’ itu.

Emosi sering menguasai diri kita apabila seseorang membuat salah terhadap kita. Jadilah seorang pemaaf walaupun susah. Segala yang berlaku itu pasti akan ada hikmahnya kelak. Bersabarlah dan jadilah pemaaf! Apa yang anda dapat jika berterusan menyalahkan mereka? Adakah anda dapat memutarkan kembali masa dan perbetulkan kesilapan tersebut? jawapannya TIDAK! Seperti yang kita tahu kesalahan yang dilakukan oleh mereka bukan atas kehendak mereka. Ya,bukan atas kehendak mereka,segala di dunia ini tiada yang sempurna kecuali Tuhan yang satu.


Seorang pemaaf bukan sahaja dapat mencerminkan nilai keperibadian yang tinggi tetapi juga dapat meneruskan hubungan silaturrahim yang terjalin untuk terus utuh. Jangan disebabkan kesilapan yang sedikit, suatu persahabatan itu jadi runtuh dan rebah.

Entry kali mempunyai tujuan yang satu untuk menggalakkan sifat pemaaf. (tak taulah kenapa entry kali ni nampak serious kan? ) ini menunjukkan ke’tua’an penulis yang makin tua. Alahaiii…dah 2011 ni..dengan kesempatan ini saya harap semua dapat menanam azam yang positif untuk tahun ini. Salah satu azam saya ialah…jeng..jeng..jeng..nak banyak kan entry kot..tapi agak susah ye..hee..=P tapi saya akan cube,InsyaAllah.. thanks for reading!! =)