Clipart

blurrrr!

someone.somewhere.somewhat.something.

Monday, February 28, 2011

JIKA AKU DISAYANGI AKU JUGA SAYANG KAMU..



Ya Allah lama betul dah tak meluahkan rasa di blog ini..ini lah rinduku yang sebenar.. ;) okla..hehe.. apa sayang2 ni? Nervous x nak tau? Hehe.. sebenarnya sedar kah di antara keliling kamu, ada yang sangat menyayangi kamu…? Dia ini sgt sayang kamu..Dia selalu memberi dengan banyak nya.. Dia selalu juga tidak pernah leka untuk melihat kamu..menemani kamu..selepas sakit akan cuba disihatkan..selepas lapar dikenyangkan..selepas penat dihilangkan penat..selepas tidur dibangunkan..selepas gagal dimenangkan..manusia yang dikasih juga tidak dapat mengalahkan yang satu ini.. saya juga tidak pernah terfikir mengenai ini sebelum ini..tetapi kini ada hati yang telah disuntik.. ok la..tahukah anda? Tahu?.. Dialah ALLAH tuhan yang menciptakan kita… ok kejap..ni bukan usrah..ceramah..tausiyah..Al-kuliyyah..forum perdana..mahupun seumpamanya..ini cuma coretan yang bertemakan.. “aku menulis kerana aku sayang diriku dan kamu” ;) ok?..

~Sometimes we forget…sometimes we always forget..or..sometimes we doesn’t care to remember.. Which one are we? Cuba hayati ini..

BUAT YANG DISAYANGI..

Aku ini hanya insan hina..

Yang sering melupa dan terlupa..

Tatkala dunia adalah segala..

Kita ini penumpang yang alpa..

Penumpang yang tiada bersih hatinya..

BUAT YANG DISAYANGI..

Aku sayang diriku dan kamu..

Aku sayang pahalaku dan pahalamu..

Andai kau sedar dan tahu..

Ada yang lebih menyayangimu..

Akan aku raih kamu dekat denganku..

Agar kita saling merindu yang Satu..

BUAT YANG DISAYANGI..

Tika ini kau masih merasa nikmatnya dunia..

Tika ini kau masih mengentengkan anggota..

Dari sujud dan mengabdi pada yang Esa

Kau lari dari fakta yang nyata..

Seakan kau mendusta segala..

Bahawa Al-Quran ada menjelas segala..

Sedarkah wahai hati yang leka?..

BUAT YANG DISAYANGI..

Aku hanya mampu berdoa..

Moga kau sedar dari lena..

Sedar dari keempukan tilam dunia..

Sedarlah wahai manusia yang lalai hatinya..

Begitulah..luahkan bisik hati yang terkeluar menjadi kata dan tersusun menjadi bahasa dan terkias menjadi puisi kata.. sory la bakat tak berapa berbakat ;p.. berbalik kepada tajuk dan puisi ini.. beberapa tika mutakhir ini..hati saya telah dikejutkan dan diketuk berulang kali…oleh siapa? Tentunya YANG EMPUNYA milik hati-hati manusia..iaitu ALLAH… so, what is the main point that I’m trying to tell you..? Its all about heart and love~~

“Percayakah kita Dia sayang pada kita?..

Setelah lalai…Dia akan kembali menarik kita ke JalanNya..

Kecuali mereka yang menolak jauh-jauh kesedaran itu…

Yang pasti kerana sayangnya kita kembali terpimpin..

Selama mana? Jawapannya…selama mana yang kamu usahakan..

Saya ini mampu bertahankah? Jawapannya juga..selama mana yang kamu usahakan..

Jadi tidakkah kamu mahu berusaha?...jawapannya..haruslah berusaha dan berdoalah sentiasa..

Adakah kamu mahu menuju jalanNya berseorangan sahaja?..jawapannya..dekatkan yang kamu sayang kerana JIKA AKU DISAYANGI AKU JUGA SAYANG KAMU

{Yang pasti..diri ini belum SEMPURNA…}

Sekian..entry ini terlalu kompleks untuk difahami..tetapi..jika ada yang tersedar..mungkin dapat memahami isinya..;) bye-bye...