Clipart

blurrrr!

someone.somewhere.somewhat.something.

Friday, August 19, 2011

Oh Dear Blog


dear blog,
aku semakin hari semakin melupakanmu,
bukan aku sengaja berbuat begitu,
tetapi dugaan dunia terlalu banyak menghimpitku,
dengan pelbagai media yang mengambil masaku,
bukan kau tak tahu,
adanya Facebook,twitter,tumblr dan youtube,
semua itu,adalah pelepas masa-masaku..




dear blog,
makin hari, masaku bukan lagi untuk mengejar ukhrawi,
aku tewas dengan nafsu sendiri,
aku lebih semakin tidak mengerti,
mengapa hidupku ini sering diuji,
bukan simpati yang aku dapati,
tetapi cacian kepada diri ini...
sekadar gambar hiasan

dear blog,
aku mahu kau tahu,dunia siber ini semua adalah ancaman terbesar,
bukan sahaja untuk anak yang sedang membesar,
tetapi ancaman buat hati yang mudah tersasar,
walaupun media dakwah semakin bertebar,
namun, aku selalu buat-buat tak sedar.

dear blog,
betapa banyak kawan-kawan kau,
sudah membuat ku angau,
dengan fesyen ala hana tajima,
sangat cantik sehingga membuat mata lelaki terpanar diluar sana,
aku pikir itu semua bukan dosa,
ala,dia kan pakai tudung,bukan bogel,
itu yang aku kata.


oh dear blog,
bilakah ku ini akan kusedar letak duduknya dunia?
bila lagi ku akan sebut subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar?
seperti yang selalu ku laung sewaktu di sekolah asrama,
dengan penuh insaf dan tawadduq..
beserta linangan air mata keinsafan..


dear blog,
aku tahu, kau pasti menjawab dan menyumpah dalam hati,
kenapa aku yang kau cari?
kau pergilah mencari Tuhanmu yang selalu kau pinggir dulu,
kau hipokrit pada agama sendiri..pergi..pergi..pergi..


wahai blog,
kalau aku sendiri mencari tuhan dan bertawakal,
sudah pasti aku sahaja yang mungkin tersedar,
tapi bila ku tulis didadamu,
mungkin aku dapat mecari sahabat bersama-sama ku,
aku tidak mahu menjadi orang yang mementingkan diri sendiri..
aku harap kau faham.


sekian,

2 comments: